Meter Cahaya Dengan Tepat (Bahagian 1)

Oleh Zuhri Iskandar Kamarzaman

Perbincangan ini adalah mengenai teknik penggunaan metering yang tepat apabila ingin mengambil gambar potret dengan pencahayaan cahaya yang kontras. 

Kita semua tahu bahawa moment itu sangat penting dan seboleh-bolehnya kita tidak mahu terlepas moment yang cantik pasal kelam kabut membuat pelbagai adjustment pada kamera atau lens. Sebaik-baiknya adjustment yang perlu dibuat adalah seringkas dan secepat yang boleh, dan lebih baik jika adjustment itu boleh dibuat dengan jari-jari tanpa perlu kita mengalihkan mata dari viewfinder.

Saya menggunakan patung Barney anak saya yang usianya dah menjangkau hampir 8 tahun (anak patung ni) sebagai model dan contoh. Dalam bilik ini, Barney berada hampir dengan tingkap dan cahaya masuk dengan kuat dari tingkap ini, manakala cahaya bilik pula kelam di sebelah kanan. Ini menimbulkan pencahayaan yang kontras, terutamanya di sebelah pipi kanan Barney. Cahaya sebegini memang cantik untuk shot potret.

Apa yang kita cuba hasilkan ialah imej dengan cahaya yang kontras tapi tanpa menyebabkan blown highlight pada pipi Barney ataupun kehilangan detail sama ada dalam highlight ataupun shadow.

Semua gambar-gambar Barney ini tidak diedit langsung, hanya menggunakan adjustment pada kamera saja. Setting kamera adalah ISO 400, focal length 35mm, EV 0, manual mode, aperture f3.5 dan shutter speed diubah berdasarkan bacaan metering.

Teknik metering matrix / evaluative / multi segment.

Imej A
null

Kebanyakan shot saya menggunakan mode matrix metering kerana ia selamat dan membaca cahaya secara keseluruhan. Jika nak adjust dalam photoshop pun mudah.

Jadi bayangkan situasi sebegini, saya lihat moment yang cantik seperti ini dan saya terus keluarkan kamera dan tanpa berfikir panjang, baca suggested metering kamera f3.5, 1/60 dan terus snap. Hasilnya gambar secara keseluruhan adalah terang termasuk ruang belakang.

Oleh kerana mode matrix ini inginkan 70% of imej itu terang, maka terjadi blown highlight pada pipi Barney itu. Pada saya gambar ini gagal kerana blown highlight pada pipi Barney dan saya bukannya inginkan belakang itu terang pasal saya sebenarnya inginkan pencahayaan kontras Barney ini untuk menghasilkan mood.

Imej B
null

Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, saya sudah develop habit untuk membuat analisis secara kasar dan pantas sambil saya keluarkan kamera dari beg. Saya akan bercakap pada diri sendiri “ok, ruang gelap ini, under 1 stop”. Masih lagi menggunakan matrix metering, saya lihat bacaan f3.5, 1/60 seperti di atas tapi saya lajukan shutter speed sehingga ia menjadi under 1 stop iaitu 1/125.

Jadi bacaan baru saya saya untuk situasi yang sama adalah f3.5, 1/125. Perubahan shutter ini hanya menggunakan jari tanpa perlu mengalihkan mata dari viewfinder. Hasil imej adalah lebih baik kerana tiada blown highlight pada pipi Barney (terang mungkin dalam half stop dan boleh diterrima), details dalam shadow pun masih kelihatan. Not bad.

Imej C
null

Namun saya ingin terus bereksperimen bagi menghasilkan imej yang moody dan gelap. Jadi sambil mata masih lagi di viewfinder, saya turunkan lagi bacaan untuk menjadi under 2 stop dengan menambah kelajuan shutter speed dan kini bacaan adalah f3.5, 1/320.

Hasilnya gambar Barney menjadi lebih gelap. Highlight pada pipi menjadi perfect exposure tapi saya hilang details pada shadow kerana ia menjadi terlalu gelap. Dalam potret sebegini ia kurang sesuai. Jadi saya rumuskan under 1 stop iaitu imej B di atas adalah bacaan yang lebih baik dan lebih hampir kepada apa yang saya lihat dan inginkan terhasil.

Namun apakah teknik metering yang sepatutnya digunakan dalam situasi seperti ini? Perkara ini saya akan bincangkan dalam bahagian seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.